Tuesday, July 8, 2008

Alat-alat Muzik Yang Digunakan

Alat-alat muzik yang sering digunakan dalam persembahan Karnatak:
KANJIRA
Kanjira termasuk dalam keluarga tamborin. Alat ini mempunyai bentuk yang seakan-akan sama dengan alat tamborin barat yang terdiri daripada rangka bulat diperbuat daripada kayu pokok nangka sepanjang kira-kira 7 hingga 9 inci diameternya dengan kedalaman 2 hingga 4 inci dalamnya. Juga berfungsi
seakan-akan alat muzik kompang atau tar disesetengah tempa

CHENDA
Merupakan alat perkusi berbentuk silinder yang juga dipanggil chende. Alat muzik ini digunakan dalam aktiviti kesenian dan keagamaan di negeri Kerala. Alat muzik ini dipersembahkan dengan iringan alat-alat muzik lain seperti Khatali, Koodiyattam dalam bentuk tarian dan aktiviti-aktiviti pemujaan di negeri Kerala. Chenda digantung pada pemain gendang supaya ia tergantung tegak dengan bahagian atas gendang yang dibaluti kulit itu. Pemain menggunakan 2 kayu pemukul untuk memukul bahagian atas gendang tersebut. Chenda terbahagi kepada 3 jenis iaitu: Uruttu Chenda (untuk bermain pelbagai variasi), Veeku Chenda (untuk memainkan irama asas) dan Acchan Chenda.

MRIDANGAM
Mridangam dimainkan dengan meletakkannya secara selari diatas lantai. Seorang pemain mridangam akan memukul selaput yang kecil dengan tangan kanannya manakala memukul selaput besar dengan tangan kirinya. Mridangam di letakkan diatas kaki kanan dan buku lali. Kaki kanan dilunjurkan sedikit manakala kaki kiri akan dibengkokkan dan diletakkan pada rangka badan mridangam dan bertentangan dengan badan pemain.


VENU

Alat muzik ini diperbuat daripada buluh dan merupakan salah satu daripada alat muzik yang tertua di India. Untuk memainkan alat muzik ini, jari ke dua-dua tangan digunakan untuk menutup dan membuka lubang pada venu. Venu ini boleh didapati dalam pelbagai saiz. Venu berkait rapat dengan Tuhan Hindu Krishna yang selalu digambarkan sedang memainkan alat ini dibibirnya. Alat muzik venu ini boleh menghasilkan bunyi dua setengah oktaf yang bersifat monofoni seperti suara manusia. Dalam memainkan alat muzik ini, jari amat berperanan penting dalam menutup dan membuka lubang agar menghasilkan bunyi yang menarik dan penting dalam persembahan berdasarkan muzik raga.

NADASWARAM

Nadaswaram merupakan alat muzik klasik yang terkenal di selatan India. Alat muzik ini tergolong dalam keluarga erofon atau tiupan bukan loyang yang mempunyai bunyi terkuat didunia. Alat muzik ini mempunyai persamaan dengan alat tiupan Shehnai yang terdapat di utara India tetapi memiliki saiz yang lebih besar dengan badannya diperbuat daripada kayu teguh dan loceng yang besar. Alat ini juga ada yang diperbuat daripada kayu atau logam, mempunyai tujuh lubang pada badannya, dan lima lubang yang terdapat pada bahagian bawahnya yang dianggap sebagai lubang pengawal bunyi.

SARASWATI VEENA
Alat muzik ini tergolong dalam klasifikasi alat muzik bertali India. Ianya dinamakan sebagai saraswati veena kerana mengambil sempena nama Tuhan Hindu Saraswati yang selalu digambarkan sedang bermain alat muzik ini dan terkenal dalam masyarakat India. Selain alat muzik saraswati veena, terdapat 2 lagi alat muzik veena yang terkenal di India iaitu Vichitra Veena dan Rudra Veena yang mana kedua-dua alat muzik ini dimainkan dalam persembahan klasik Hindu, namun begitu hanya alat muzik saraswati veena sahaja digunakan dalam persembahan muzik karnatak di India.


Alat-alat muzik lain yang digunakan dalam persembahan karnatak terdiri daripada alat muzik:
Mandolin Violin Tambura

1 comment:

Unknown said...

hi.. thanz 4 ur help... now my job is complete.. u r wonderfully great.. n thankz again