Friday, August 15, 2008

Asal usul karnatak

Muzik klasik India telah wujud dalam 2 jangka masa seribu tahun atau lebih dari itu. Sehingga kira-kira abad ke-12 dalam era baru, kesemua tempat di India menggunakan hanya satu sistem muzik klasik. Setelah itu, kebanyakan negara-negara di utara India berada di bawah kepimpinan pemerintah Islam dari negara Turki dan Afghanistan (sehingga kira-kira 1700 dalam era baru, apabila British mengambil alih tapok pemerintahan). Pemerintah-pemerintah ini masing-masing membawa masuk pengaruh muzik Persia mereka sendiri, puisi, dan kesenian lain ke India. Ini membawa pengaruh yang besar kepada muzik klasik India di Utara India. Di selatan India pula, pengaruhnya adalah di kebanyakan kawasan luar bandar dan ini menyebabkan kawasan ini mengekalkan gaya yang asli, tetapi telah juga meresap ke dalam sejumlah sistem muzik rakyat di Selatan India. Pada sekitar kurun ke-14, gaya muzik di daerah-daerah utara dan selatan masing-masingnya adalah cukup berbeza untuk dikenali sebagai muzik Hindu dan Karnatak.

Kini, muzik Karnatak masih bertapak kukuh di empat negara selatan India – Andra Pradesh (Aandhra Pradesh), Karnataka (Karnaatakaa), Kerala (Kayralaa), dan Tamil Nadu (Tamil Naadu) – dan juga di mana-mana tempat di seluruh dunia di mana ramai orang Selatan India tinggal. Bandar Chennai di Tamil Nadu menjadi tuan rumah untuk pesta muzik Karnatak setiap tahun dari pertengahan Disember hingga pertengahan Januari. Daerah lain di seluruh dunia dengan kepadatan penduduk selatan India yang tinggi juga biasanya mempunyai pesta yang sama.