Friday, August 15, 2008

Asal usul karnatak

Muzik klasik India telah wujud dalam 2 jangka masa seribu tahun atau lebih dari itu. Sehingga kira-kira abad ke-12 dalam era baru, kesemua tempat di India menggunakan hanya satu sistem muzik klasik. Setelah itu, kebanyakan negara-negara di utara India berada di bawah kepimpinan pemerintah Islam dari negara Turki dan Afghanistan (sehingga kira-kira 1700 dalam era baru, apabila British mengambil alih tapok pemerintahan). Pemerintah-pemerintah ini masing-masing membawa masuk pengaruh muzik Persia mereka sendiri, puisi, dan kesenian lain ke India. Ini membawa pengaruh yang besar kepada muzik klasik India di Utara India. Di selatan India pula, pengaruhnya adalah di kebanyakan kawasan luar bandar dan ini menyebabkan kawasan ini mengekalkan gaya yang asli, tetapi telah juga meresap ke dalam sejumlah sistem muzik rakyat di Selatan India. Pada sekitar kurun ke-14, gaya muzik di daerah-daerah utara dan selatan masing-masingnya adalah cukup berbeza untuk dikenali sebagai muzik Hindu dan Karnatak.

Kini, muzik Karnatak masih bertapak kukuh di empat negara selatan India – Andra Pradesh (Aandhra Pradesh), Karnataka (Karnaatakaa), Kerala (Kayralaa), dan Tamil Nadu (Tamil Naadu) – dan juga di mana-mana tempat di seluruh dunia di mana ramai orang Selatan India tinggal. Bandar Chennai di Tamil Nadu menjadi tuan rumah untuk pesta muzik Karnatak setiap tahun dari pertengahan Disember hingga pertengahan Januari. Daerah lain di seluruh dunia dengan kepadatan penduduk selatan India yang tinggi juga biasanya mempunyai pesta yang sama.

Apa itu muzik karnatak ?
  • Salah satu antara dua genre dominan dalam muzik klasik India
  • Berdasarkan melodi dan bukan berdasarkan simfoni
  • Lagu digubah untuk pelbagai alat muzik untuk dimainkan bersama

Friday, July 11, 2008

karnatak klasik

Bagaimana karnatak dipersembahkan ?

Persembahan karnatak merupakan sebuah persembahan tradisional masyarakat kaum India yang bermula sejak berkurun lamanya. Struktur dalam sesebuah Konsert Karnatak konsert muzik dipersembahkan dengan para senimannya duduk. Seniman utama duduk di tengah pentas menghadap penonton. Seniman berikutnya masing-masing duduk di sebelah kiri dan kanan seniman utama, setiap mereka menghadap satu sama lain. Kadang-kadang, seniman yang lebih muda yang tugasnya hanyalah untuk mengekalkan pic konsert tersebut (dengan membunyikan satu alat muzik bertali disebut thanpoora) duduk di belakang seniman utama

Komponen dalam persembahan karnatak

Terdapat dua gaya persembahan:-

  • Berpusatkan lagu
  • Berpusatkan melodi

Berpusatkan Lagu


Gaya yang berpusatkan lagu meletakkan tekanan pada :

  • Nnyanyian atau permainan sesuatu lagu seperti mana penggubah menetapkannya
  • batas gubahan yang menggambarkan sifat spontan seniman dan penguasaan terhadap melodi dan irama
  • menyanyikan pelbagai lagu dalam melodi yang berlainan untuk menerangkan emosi yang berbeza-beza

Berpusatkan Melodi

  • Fokus sepenuhnya kepada gubahan,dengan hanya satu garis lirik untuk dipenuhi seperti asasnya yang mana digubah.

  • Konsert secara langsung biasanya mengambil masa kira-kira 2 hingga 3 jam, walaupun salah satunya yang mengambil masa yang lama bukan yang tidak umum.

Kesimpulan:

Terdapat berbagai-bagai muzik di seluruh dunia dan muzik Karnatak adalah salah satu muzik yang unik dan mempunyai ciri-ciri yang kompleks. Ciri-ciri inilah yang menjadikannya lain daripada yang lain dan rakyat negara India Selatan yang memiliki muzik ini telah berusaha mengekalkannya agar ianya tidak luput ditelan dek zaman. Misalnya, mereka mengadakan festival atau perayaan muzik Karnatak setiap tahun bagi memastikan muzik klasik ini tidak dilupai. Begitu juga sama halnya dengan muzik di negara kita yang harus sentiasa dikekalkan dari zaman ke zaman agar identiti negara kita terpelihara dan diperturun dari generasi ke generasi. Seterusnya, tamadun negara terpelihara dan terjaga agar menunjukkan bahawa kita juga mampu mengekalkan sesuatu warisan di negara kita seperti negara-negara yang lainnya.


Peralatan Dalam Persembahan

Konsep Asas Muzik Karnatak

Ghatam (alat muzik)

  • Merupakan satu belanga yang diperbuat daripada tanah liat
  • Pemain menggunakan jari, ibu jari, tapak tangan, dan tumit tangan untuk memukul permukaan luar ghatam
  • Bunyi pic rendah yang berangin disebut “gumki” dihasilkan dengan memukul bahagian mulut belanga dengan tangan terbuka
  • Ton yang berlainan boleh dihasilkan dengan menepuk bahagian berlainan di sekeliling belanga dengan setiap lain-lain bahagian tangan
  • Sama bentuknya dengan belanga buatan India tetapi direka khas sebagai alat muzik
  • Dua jenis ghatam ialah:

1) Madras – ringan dan tidak perlu dipukul dengan kuat, untuk gaya pukulan yang laju

2) Manamadurai – berat, tebal, dengan serpihan loyang yang amat halus dicampur

dalam tanah liatnya, susah dimainkan tetapi menghasilkan bunyi alat logam yang

tajam berdering yang disukai kebanyakan pemain

Thayambaka (alat muzik)

  • Merupakan gendang solo Chenda yang unik di Kerala, Selatan India
  • Pemainnya menggunakan satu pemukul dan tangan yang satu lagi memainkan alat tersebut, tanpa menggunakan dua kayu pemukul
  • Thayambaka biasanya dimainkan oleh seorang ketua dan dibantu 3-4 pemain lain yang menggunakan Veekku Chenda dan 3-4 pemain Elathalam

Jalatarangam

  • Jalatarangam dalam bahasa Sanskirt bermaksud “gelombang air” (“jala”=air, “tarangam”=gelombang)
  • Terdiri daripada satu set tembikar daripada pelbagai saiz diisi dengan air megikut pic/not yang dikehendaki
  • Disusun dalam bentuk separuh bulatan dihadapan pemain dalam urutan menurun mengikut saiz, dari kiri ke kanan.
  • Cara ‘tuning’:

- Menukar kuantiti air di dalam tembikar mengubah picnya.

- Tembikar yang besar mengeluarkan bunyi yang lebih besar dan dalam manakala yang

paling kecil menhasilkan bunyi seperti loceng


Tambura


Alat-alat Muzik Yang Lain:

  • Miruthangam
  • Morsing
  • Sruti Box
  • Thavil

Konsep Asas Muzik Karnatak

  • Terdapat dua konsep utama dalam muzik Karnatak: melodi (raagam) dan pusingan irama (thaalam).
  • Melodi dan pusingan irama mempunyai nama yang unik untuk mengenal pasti kedua-duanya.
  • Selain daripada nama ini, melodi tertentu juga boleh ditunjukkan dengan melihat nombornya (contohnya dalam “melodi nombor 25”).

Melodi

  • Satu melodi terdiri daripada dua bahagian: not muzik yang khas atau spesifik (svaram) yang dibenarkan dalam melodi (dalam setiap oktaf)
  • Aturan pergerakan (sanchaaram) dalam sesebuah melodi menentukan not yang mana satu harus selalu dinyanyikan bersama dan bagaimana seseorang itu dibenarkan untuk bergerak dari not ke not semasa menyanyi atau memainkan melodi ini.
  • Melodi dikumpulkan dalam melodi (janaka raagam) major (atau ibu) dan melodi (janya raagam) minor (atau anak)
  • Terdapat tepat 72 melodi major dan beberapa ribu melodi minor.

Pusingan Irama

  • Pusingan irama (thaalam) ialah satu set rentak (aksharam) yang disusun dalam satu kumpulan. (Contoh: 4+2+2 ialah satu rentak 8 dalam pusingan irama dengan 3 kumpulan.)
  • Terdapat 35 pusingan irama primer: tujuh jenis pusingan irama dengan lima ciri (jaathi) dalam setiap jenis.Di antara 35 ini, biasanya hanya sesetengah sahaja digunakan dalam kebiasaan.


Berikut adalah di antaranya, dengan nama dalam tulisan Italic:

  • 4 - seperti dalam 1234 (eka).
  • 2+3 - seperti dalam 12123 (khanda chaapu), kadang-kadang dimainkan sebagai 4+6 (1122112233).
  • 2+4 - seperti dalam 121234 (roopaka).
  • 3+2+2 - seperti dalam 1231212 (thriputa).
  • 3+2+2 - seperti dalam 1231212 (misra chaapu), kadang-kadang dimainkan sebagai 6+4+4 (11223311221122).
  • 4+2+2 - seperti dalam 12341212 (aadhi); ini merupakan pusingan irama yang amat lazim.
  • 7+2+1 - seperti dalam 1234567121 (jhampa).
  • 5+5+2+2 - seperti dalam 12345123451212 (ata



Tuesday, July 8, 2008

Alat-alat Muzik Yang Digunakan

Alat-alat muzik yang sering digunakan dalam persembahan Karnatak:
KANJIRA
Kanjira termasuk dalam keluarga tamborin. Alat ini mempunyai bentuk yang seakan-akan sama dengan alat tamborin barat yang terdiri daripada rangka bulat diperbuat daripada kayu pokok nangka sepanjang kira-kira 7 hingga 9 inci diameternya dengan kedalaman 2 hingga 4 inci dalamnya. Juga berfungsi
seakan-akan alat muzik kompang atau tar disesetengah tempa

CHENDA
Merupakan alat perkusi berbentuk silinder yang juga dipanggil chende. Alat muzik ini digunakan dalam aktiviti kesenian dan keagamaan di negeri Kerala. Alat muzik ini dipersembahkan dengan iringan alat-alat muzik lain seperti Khatali, Koodiyattam dalam bentuk tarian dan aktiviti-aktiviti pemujaan di negeri Kerala. Chenda digantung pada pemain gendang supaya ia tergantung tegak dengan bahagian atas gendang yang dibaluti kulit itu. Pemain menggunakan 2 kayu pemukul untuk memukul bahagian atas gendang tersebut. Chenda terbahagi kepada 3 jenis iaitu: Uruttu Chenda (untuk bermain pelbagai variasi), Veeku Chenda (untuk memainkan irama asas) dan Acchan Chenda.

MRIDANGAM
Mridangam dimainkan dengan meletakkannya secara selari diatas lantai. Seorang pemain mridangam akan memukul selaput yang kecil dengan tangan kanannya manakala memukul selaput besar dengan tangan kirinya. Mridangam di letakkan diatas kaki kanan dan buku lali. Kaki kanan dilunjurkan sedikit manakala kaki kiri akan dibengkokkan dan diletakkan pada rangka badan mridangam dan bertentangan dengan badan pemain.


VENU

Alat muzik ini diperbuat daripada buluh dan merupakan salah satu daripada alat muzik yang tertua di India. Untuk memainkan alat muzik ini, jari ke dua-dua tangan digunakan untuk menutup dan membuka lubang pada venu. Venu ini boleh didapati dalam pelbagai saiz. Venu berkait rapat dengan Tuhan Hindu Krishna yang selalu digambarkan sedang memainkan alat ini dibibirnya. Alat muzik venu ini boleh menghasilkan bunyi dua setengah oktaf yang bersifat monofoni seperti suara manusia. Dalam memainkan alat muzik ini, jari amat berperanan penting dalam menutup dan membuka lubang agar menghasilkan bunyi yang menarik dan penting dalam persembahan berdasarkan muzik raga.

NADASWARAM

Nadaswaram merupakan alat muzik klasik yang terkenal di selatan India. Alat muzik ini tergolong dalam keluarga erofon atau tiupan bukan loyang yang mempunyai bunyi terkuat didunia. Alat muzik ini mempunyai persamaan dengan alat tiupan Shehnai yang terdapat di utara India tetapi memiliki saiz yang lebih besar dengan badannya diperbuat daripada kayu teguh dan loceng yang besar. Alat ini juga ada yang diperbuat daripada kayu atau logam, mempunyai tujuh lubang pada badannya, dan lima lubang yang terdapat pada bahagian bawahnya yang dianggap sebagai lubang pengawal bunyi.

SARASWATI VEENA
Alat muzik ini tergolong dalam klasifikasi alat muzik bertali India. Ianya dinamakan sebagai saraswati veena kerana mengambil sempena nama Tuhan Hindu Saraswati yang selalu digambarkan sedang bermain alat muzik ini dan terkenal dalam masyarakat India. Selain alat muzik saraswati veena, terdapat 2 lagi alat muzik veena yang terkenal di India iaitu Vichitra Veena dan Rudra Veena yang mana kedua-dua alat muzik ini dimainkan dalam persembahan klasik Hindu, namun begitu hanya alat muzik saraswati veena sahaja digunakan dalam persembahan muzik karnatak di India.


Alat-alat muzik lain yang digunakan dalam persembahan karnatak terdiri daripada alat muzik:
Mandolin Violin Tambura